Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet UPNM

Penulis :BKKPA Selasa, 22 Apr 2014


UPNM, 12 April 2014 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bertempat di Dataran PTD dan Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. Istiadat ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Turut berangkat adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.




Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah pada tahun ini melibatkan seramai 270 orang Pegawai Kadet. Daripada 270 orang yang ditauliahkan, seramai 187 orang Pegawai Kadet ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Darat iaitu 170 Pegawai Kadet Lelaki dan 17 Pegawai Kadet Wanita. 44 orang Pegawai Kadet Lelaki ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. 39 orang ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu terdiri dari 38 Pegawai Kadet Lelaki dan 1 Pegawai Kadet Wanita. Pegawai Kadet ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan adalah terikat untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 10 tahun.



Pada tahun ini, Pegawai Rendah Muda Mohamad Yusrin Bin Yahaya telah terpilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan, manakala 3 lagi Pegawai Kadet telah terpilih untuk menerima anugerah Pegawai Kadet Terbaik mengikut Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Pemilihan adalah berdasarkan kriteria kecemerlangan dalam kepimpinan, ketenteraan, sahsiah dan akademik.



Turut hadir pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet UPNM ini ialah Menteri Pertahanan, Pro Canselor UPNM, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Naib-naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Mantan Panglima Angkatan Tentera serta Atache Pertahanan Negara asing.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 22 April 2014