Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM meterai perjanjian di DSA 2014

Penulis :BKKPA Selasa, 22 Apr 2014


PWTC, 16 April – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia ke-14 (DSA 2014) menjadi saksi kepada jalinan hubungan strategik di antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Business Centre Sdn. Bhd. (UPNMBCSB) dengan dua buah syarikat tempatan dan satu syarikat antarabangsa melalui menandatangani tiga Memorandum Perjanjian (MoAs). MoA pertama melibatkan di antara UPNMBCSB dengan Thinking Green Sdn. Bhd. bagi membangunkan pembangunan penyelidikan, pengkomersilan dan pemasaran produk ketenteraan dan keselamatan dalam bidang pengurusan sistem tenaga (energy management system) dan teknologi hijau (green technology).



MoA kedua di antara UPNMBCSB dengan Adsec (M) Sdn. Bhd. bagi membangunkan penyelidikan, pengkomersilan dan pemasaran produk berkenaan pengurusan sisa (waste management) dan Bio Hazard Decontamination untuk persekitaran pertahanan dan keselamatan.


Manakala MoA di antara UPNM dengan Council for Scientific and Industrial Research (CSIR) yang merupakan sebuah syarikat luar negara iaitu Afrika Selatan bagi menjadikan UPNM sebagai platform bagi membangunkan kepenggunaan teknologi sensor dan radar, Electronic Warfare (EW) seperti Network Centric Warfare (NCW). Dengan termeterainya ketiga-tiga MoA ini, menjadikan landasan terbaik kepada UPNM dan UPNMBCSB untuk terus giat aktif dalam pembangunan industri pertahanan dan keselamatan negara.


Majlis menandatangani MoA disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan bersama timbalannya, YB Datuk Abdul Rahim Bin Bakri, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin.




Kemaskini Terakhir : Selasa, 22 April 2014