Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Persidangan Cyber Security

Penulis :BKKPA Selasa, 22 Apr 2014


PWTC, 16 April – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia (CSM), Defence Services Asia Exhibition and Conference Sdn. Bhd dan BAE Systems sebagai penaja utama telah menganjurkan Persidangan Cyber Security dengan tema ‘Managing Cyber Security in the 21st Century : Issues, Challenges and the Way Forward’ bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Persidangan ini dirasmikan oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.



Pelbagai isu dibentang dan dibincang sepanjang persidangan ini yang disampaikan oleh penceramah-penceramah terkemuka antaranya dari United Kingdom, United State of America, Norway dan Malaysia dalam 3 sesi pembentangan yang diadakan. UPNM sebagai penganjur utama juga turut serta dalam sesi pembentangan ke-3 yang disampaikan oleh Lt Kol Felo Utama Ahmad Ghazali Bin Abu Hassan (Bersara), Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, atas tajuk Cyber Warfare and the Laws of War dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat yang juga daripada UPNM.


Di akhir persidangan satu hari ini, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dijemput khas untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup persidangan.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 22 April 2014