Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Memperkasa Kerjasama Pertahanan dan Keselamatan

Penulis :BKKPA Rabu, 18 Jun 2014


UPNM, 5 Jun 2014 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan empat buah institusi/syarikat tempatan bagi memperkasakan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Institusi/Syarikat yang terlibat adalah SEGi University, Impressive Communications Sdn. Bhd., Innergia Group International Sdn. Bhd. dan Amax Precision Optic Sdn. Bhd.


MoU diantara UPNM dengan SEGi University adalah bertujuan perkongsian ilmu meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan dalam kecerdasan buatan dan pemprosesan imej, program pertukaran pelajar atau pertukaran pengalaman pembelajaran dan program pertukaran pengajian fakulti atau program-program bagi pertukaran tenaga pengajar yang pengalaman.


MoU diantara UPNM dengan Impressive Communications Sdn. Bhd. yang adalah meliputi bidang Peperangan Maklumat - peningkatan dan pembangunan keupayaan untuk kecekapan Angkatan Tentera Malaysia dalam Peperangan Elektronik dan Keselamatan Siber, pembangunan alat aplikasi dan pelaksanaan MAF Pusat Kecemerlangan Peperangan Maklumat - Peperangan Elektronik dan Keselamatan Siber.


MoU diantara UPNM dengan Innergia Group International Sdn. Bhd. adalah meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan algoritma penyulitan rangkaian yang akan menjamin rangkaian komunikasi berwayar dan tanpa wayar.


MoU diantara UPNM dengan Amax Precision Optic Sdn Bhd adalah meliputi bidang kesaksamaan komponen optik kejuruteraan, sistem optik mereka bentuk, peranti prototaip optik, reka bentuk nipis salutan filem khas dan penyalutan dan pembuatan optik khas.


Mewakili UPNM dalam Majlis Menandatangani MoU ini adalah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM manakala SEGi University diwakili rakan sejawatannya iaitu YBhg. Prof Emeritus Dr. Muhamad bin Awang, Naib Canselor. Impressive Communications Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Puan Sri Datin Wira Datuk Hajah Noorilah binti Haji Hassan, Pengarah Eksekutif dan Innergia Group International Sdn. Bhd. diwakili oleh Mazatul Affendy bin Md Resat, Ketua Pegawai Eksekutif. Manakala Amax Precision Optic Sdn. Bhd. diwakili oleh Anparasan Muniandy, Pengarah Urusan.


MoU ini membuka jalan ke arah kajian bagi memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan, program latihan serta berkongsi maklumat kajian bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Industri Pertahanan dan Keselamatan sekaligus meningkat profil dan citra semua agensi dan institusi di arena antarabangsa melalui jaringan dan kerjasama.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 18 Jun 2014