Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Ikrar Pelajar Baharu

Penulis :BKKPA Khamis, 03 Jul 2014


UPNM, 1 Julai - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Minggu Orientasi Siswa (Mosis) Program Asasi Pertahanan Sesi 2014/2015 bertempat di Dataran Wawasan UPNM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM. Sempena MOSis, bacaan ikrar daripada Pelajar Baharu adakan hadapan pengurusan tertinggi, pegawai kanan dan warga pendidik serta pentadbir UPNM yang turut hadir di majlis tersebut.


Seramai 546 pelajar terpilih melanjutkan pengajian dalam kursus asasi yang terdiri daripada 480 Pegawai Kadet dan 66 Pelajar Awam yang akan mengikuti empat bidang pengajian iaitu Asasi Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Asasi Kejuruteraan, Asasi Sains dan Teknologi serta Asasi Perubatan.


Menurut Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din berkata, terdapat enam elemen yang akan dititikberatkan iaitu merangkumi kurikulum, ketenteraan, fizikal, keagamaan, kokurikulum dan kepimpinan sepanjang proses pengajian mereka di UPNM.


Kemaskini Terakhir : Khamis, 03 Julai 2014