Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

PERASMIAN KONVOSARI@UPNM 2014

Penulis :Korporat Selasa, 21 Okt 2014


UPNM, 18 Oktober – Sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-5 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bermula pada 20 dan 21 Oktober 2014, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA), UPNM telah mengadakan KONVOSARI@UPNM 2014 mulai hari ini. Majlis Perasmian KONVOSARI@UPNM 2014 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM pada jam 8.30 malam bertempat di Dataran UPNM.



Perasmian majlis dimulakan dengan persembahan War Dance daripada Pegawai-pegawai Kadet UPNM dan disusuli dengan persembahan puisi. Pada hari dan waktu yang sama juga, UPNM turut menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Sayembara Pusi Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2014 – SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG.


Turut hadir pada tersebut ialah Timbalan Naib Canselor HEPA, Penolong-Penolong Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 21 Oktober 2014