Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Malaysia Menang 8 Medal di BIS 2014

Penulis :RnI Isnin, 03 Nov 2014


KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER 2014 - 8 produk hasil penyelidikan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila berjaya meraih 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa di British Invention Show 2014 (BIS 2014).


Kejayaan ini bertambah manis apabila produk D-Cell: Defence Cell Culture dinobatkan sebagai penerima The World Invention Award yang turut menerima piala pusingan King Hamad International Award for Invention yang julung kali dianugerahkan pada pameran tersebut. Ketua penyelidik projek ini ialah Prof. Madya Dr. Azizi bin Miskon daripada Fakulti Kejuruteraan.



Selain daripada menerima pingat emas, produk D-Cell: Defence Cell Culture, yang berasaskan sistem untuk meningkatkan percambahan sel manusia terutama sel stem, turut meraih International Invention of the Year - Platinum Award.


UPNM terus cemerlang dalam BIS 2014 apabila Prof. Dr. Fauziah binti Haji Abdul Aziz daripada Pusat Asasi Pertahanan berjaya merangkul International Invention of the Year-Double Gold Award bagi produk Cellulose Micro/Nano Fibril (CMNF) berserta pingat emas.


2 lagi pingat emas diperolehi melalui produk Green Cellulose – Based Air Battery iaitu hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya dan produk Green Retarder for Concrete oleh Muhamad Azani bin Yahya.


BIS 2014 yang disertai oleh 10 buah negara mempertandingkan lebih daripada 100 produk penyelidikan dan inovasi berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober 2014 di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan UPNM dalam BIS 2014 ini adalah kali yang pertama dan kemenangan yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa kualiti hasil penyelidikan UPNM semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Demikian menurut Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Kol Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 03 November 2014