Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Powerbar Port Dickson International Duathlon

Penulis :FPPP Rabu, 05 Nov 2014


PORT DICKSON, 2 November 2014 - Kelab Sukan Lasak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghantar seramai 20 orang ahli ke Powerbar Port Dickson International Duathlon yang berlangsung di Padang Kawad bersebelahan Muzium Tentera Darat di Port Dickson. Kelab Sukan lasak telah menghantar 5 orang dalam kategori ‘Sprint Duathlon’. 3 orang dalam kategori ‘Full Duathlon’ dan terdapat 3 pasukan yang menyertai ‘Men’s relay’ dan satu pasukan untuk ‘Sprint relay’.


Untuk acara ini, peserta yang menyertai kategori ‘Sprint Duathlon’ perlu menempuh laluan 5 KM berlari 30 KM berbasikal dan kembali 5 KM berlari. Manakala, bagi Full Duathlon dan kategori ‘relay’ peserta perlu menempuh laluan sejauh 10 KM berlari, 64 KM berbasikal dan kembali 8 KM berlari.


Peserta dari kategori ‘Sprint Duathlon’ berjaya mendapat tempat ke-5 iaitu PKDT Tarmizizulfika Bin Ismail dengan catatan masa 1 jam 35 minit. Pasukan yang menyertai ‘relay’ juga berjaya mendapat tempat dalam acara ini iaitu tempat ke-2 dengan catatan masa 3 jam 5 minit. Pasukan ini terdiri daripada PKDT Amsyarul Amin Bin Mustafa, PKDT Rusydi Bin Zawawi dan PKDT Muhamad Syafiq bin Sofian. Pasukan yang mendapat tempat ke-3 dengan catatan masa 3 jam 18 minit terdiri daripada PKDT Fuad Bin Abdu Latif, PKDT Anas bin Azmi, PKDT Khairul Anwar. Pasukan yang menyertai kategori ‘Mix relay’ juga mendapat tempat ke-2 dengan catatan masa 3 jam 12 minit yang terdiri daripada PKDT Farissyaza bin Zamri, PKDT Mohamad Afizul Bin Abdul Malek dan PKDT Nurul Atikah Binti Abdul Aziz.


Pencapaian ahli-ahli Kelab Sukan Lasak UPNM sangat membanggakan kerana mereka semua bertanding dengan peserta-peserta profesional dari luar Negara. Walaupun ramai ahli kelab yang masih baru dalam sukan ini, mereka dapat membuktikan bahawa mereka semua boleh melakukannya.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 05 November 2014