Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejayaan Penyelidik UPNM semasa Anugerah MSC Malaysia APICTA 2014

Penulis :R n I Isnin, 08 Dis 2014


KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2014 - Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff (B) dan timnya dari Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, UPNM telah berjaya mencipta sejarah apabila produk hasil beliau telah berjaya mendapat Anugerah MSC Malaysia APICTA untuk 3 tahun berturut-turut. Pada tahun 2012, produk SARTAMS: Search and Rescue Tactical Management System 2.0 telah berjaya mendapat anugerah terbaik dalam kategori "Best of Research & Development". Pada tahun 2013, produk SARTAMS: Search and Rescue Tactical Management System 5.0 telah berjaya mendapat anugerah merit untuk kategori "Best of e-Goverment and Services". Pada tahun ini, Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff (B) telah kembali berjaya mendapat anugerah terbaik dalam kategori “Best of Research & Development” melalui produk GEMPALOCATE: Earthquake Zone Emergency Personal Locator. Produk GEMPALOCATE: Earthquake Zone Emergency Personal Locator juga pernah mendapat pingat emas semasa Malaysian Technology Expo 2014.


Majlis Penyampaian Anugerah MSC APICTA Awards 2014 yang bertempat di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri telah ditayangkan di TV2 pada 5 Nov 2014 pada jam 1500-1630.


Hasil dari kejayaaan tersebut, Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff(B) dan timnya akan mewakili Malaysia untuk kali ketiga untuk APICTA Awards 2014 peringkat Asia Pasific di Jakarta, Indonesia pada 27-30 November 2014 kelak.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 08 Disember 2014