Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejayaan Penyelidik UPNM di APICTA 2014 Peringkat Asia Pasific

Penulis :R n I Isnin, 08 Dis 2014


JAKARTA, 30 NOVEMBER 2014 - Malaysia meraih dua anugerah pemenang dan enam anugerah merit pada majlis anugerah Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) 2014 di Jakarta, Indonesia. Satu daripada penyertaan yang memenangi anugerah ialah “Gempa-Locate”, aplikasi telefon mudah alih android yang boleh membantu individu terperangkap di dalam struktur runtuh selepas gempa bumi. Anugerah itu, dalam kategori penyelidikan dan pembangunan, telah diterima oleh Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff Syed Zakaria (B), dari Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, UPNM.



Ketua Hakim APICTA 2014 Richard Kartawijaya berkata secara keseluruhan, penyertaan yang dikemukakan sangat baik dan mencapai standard dunia. Majlis anugerah APICTA tahun ini berlangsung di Sahid Jaya Hotel di Jakarta dan menarik 183 pencalonan dari 17 negara di Asia Pasifik. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Datuk Yasmin Mahmood berkata APICTA telah bertambah baik. Beliau berkata, agensi berbangga dengan kemenangan kali ini dan percaya Malaysia sebenarnya boleh melakukan lebih baik lagi. APICTA 2015 dijadualkan berlangsung pada November tahun depan di Colombo, Sri Lanka.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 08 Disember 2014