Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Anugerah UPNM 2015

Penulis :BKKPA Jumaat, 27 Mar 2015


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Anugerah UPNM 2015 pada 25 Mac 2015 baru-baru ini. Majlis ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.


Majlis Anugerah UPNM 2015 yang dianjurkan bersama antara Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data, Pusat Pembangunan Akademik, Jabatan Pendaftar dan Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat ini akan menjadi salah satu acara tahunan dalam usaha pembudayaan kualiti di UPNM. Majlis ini adalah selaras dengan kehendak Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu mencetus transformasi pengajian tinggi disamping menekankan aspek kecemerlangan dan penambahbaikan yang berterusan.



Majlis Anugerah UPNM 2015 yang bertemakan ‘Pengurusan Berkualiti, Perkhidmatan Cemerlang’ dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan budaya cemerlang dalam perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan serta mencipta kreativiti dan inovasi dalam ekosistem di universiti ini.



Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor (B), Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti telah menyempurnakan perasmian majlis ini. Tiga (3) kategori anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) dan Anugerah Hari Inovasi. Sebelum itu, upacara penyampaian Sijil SPK ISO 9001:2008 oleh wakil Lloyd’s Register Quality Assurance di atas kejayaan penyambungan sijil tersebut baru-baru ini.



Seramai 111 orang telah dianugerah pada hari tersebut yang terdiri daripada 78 penerima APC termasuk 2 orang penerima Anugerah Khas Naib Canselor dan seorang Penerima Pesara Wajib, 19 penerima ACC dan 14 penerima Anugerah Kualiti dianugerahkan dalam majlis ini.


Penglibatan secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta pelajar UPNM menjadi nadi dalam memastikan amanah negara untuk melahirkan Intellectual Leaders Of Character dapat direalisasikan di samping melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkin kecemerlangan negara. Pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan universiti turut hadir dimajlis tersebut.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 01 April 2015