Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Memperkasa Kerjasama Akademik dan Industri

Penulis :BKKPA Isnin, 29 Jun 2015

UPNM, 26 Jun 2015 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan dua buah institusi pendidikan dan empat buah syarikat tempatan bagi memperkasakan kerjasama pendidikan dan industri terutamanya bidang pertahanan dan keselamatan. Institusi/Syarikat yang terlibat adalah Meritus University, Universiti Kuala Lumpur, Sapura Secured Technologies Sdn. Bhd., Artemiz Innovations Sdn. Bhd., Aegis Malinnov Sdn. Bhd. dan MaxwellRand Asia Sdn. Bhd.



Mewakili UPNM dalam Majlis Menandatangani MoU ini adalah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM manakala Meritus University diwakili oleh pengerusinya iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Halim Mohammad. Universiti Kuala Lumpur diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden/CEO, Sapura Secured Technologies Sdn. Bhd. diwakili oleh Dato’ Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Naib Presiden Eksekutif, Artemiz Innovations Sdn. Bhd. diwakili oleh Mr. Venkateshwara Panjalingam Pillay, Pengarah Urusan, Aegis Malinnov Sdn. Bhd. diwakili oleh En.Mohamad Johari bin Mohamd Noor, Pengarah Urusan dan MaxwellRand Asia Sdn. Bhd. diwakili oleh Mr. M.Vijayandran, Pengarah Urusan.


MoU ini membuka jalan ke arah kajian bagi memajukan bidang akademia, penyelidikan dan pembangunan, program latihan serta berkongsi maklumat kajian bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Industri Pertahanan dan Keselamatan sekaligus meningkat profil dan citra semua agensi dan institusi di arena antarabangsa melalui jaringan dan kerjasama.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 29 Jun 2015