Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-6 UPNM

Penulis :BKKPA Isnin, 02 Nov 2015

UPNM, 02 November 2015 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah Istiadat Konvokesyen ke-6 UPNM pada 27 Oktober 2015. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu’Tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diwakili oleh Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Pro Canselor UPNM telah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-6 UPNM sidang pertama. Manakala sidang kedua yang diadakan pada sebelah petang disempurnakan oleh Pro Canselor UPNM, YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Amar Mohd Ghazali Bin Dato’ Mohamed Seth (Bersara).



Pada Istiadat Konvokesyen ke-6 sidang pertama, UPNM menganugerahkan tiga (3) Ijazah Kehormat iaitu kepada:


1. YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Amar Mohd Ghazali Bin Dato’ Mohamed Seth (Bersara), Pro Canselor UPNM yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan


2. YBhg. Brig Gen (K) Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Kamil Bin Jamil, yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.


3. Sarjan Awang Anak Raweng, yang menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Pengajian Strategi.



Tahun ini, seramai 631 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda yang terdiri daripada 283 orang Pegawai Kadet dan 348 orang Graduan Awam. Istiadat Konvokesyen kali ini turut diserikan dengan penganugerahan hadiah akademik kepada 22 orang graduan Ijazah Sarjana Muda. Antaranya Penerima Anugerah Diraja - 2 orang, Anugerah Pingat Emas Canselor – 1 orang, Anugerah Emas Naib Canselor – 9 orang, Anugerah Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti (Kepimpinan) – 1, Anugerah Hadiah Buku Pengerusi LPU – 1 orang, Anugerah Hadiah Buku DRB-Hicom – 3 orang, Anugerah Hadiah Buku SME-Ordnance – 2 orang, Anugerah Hadiah Buku SAPURA – 2 orang dan Anugerah Hadiah Buku Boustead Naval Shipyard – 1 orang.


Dengan tempoh pengajian selama 3 tahun untuk Jurusan Pengurusan serta Sains Teknologi Ketenteraan (tidak termasuk tempoh satu (1) tahun untuk Program Asasi), dan 4 tahun bagi Jurusan Kejuruteraan (tidak termasuk tempoh satu (1) tahun untuk Program Asasi), UPNM adalah Institusi yang melahirkan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik malahan bidang kepimpinan, rohani dan jasmani, yang mana ini berbeza sekali dengan IPTA lain di negara ini. Ini sejajar dengan hasrat UPNM untuk melahirkan "Intellectual Leaders of Character”.


Bagi Pegawai Kadet, sebelum layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda atau setaraf dalam Perkhidmatan ATM, mereka perlu lulus dengan cemerlang dalam dua aspek iaitu akademik dan latihan ketenteraan yang merangkumi latihan jasmani, kawad, senjata, pengetahuan am ketenteraan dan staf, kepimpinan, akaun rejimen, etika tentera, taktik peperangan dan undang-undang tentera. Manakala bagi Graduan Awam pula, mereka juga perlu menjalani latihan ketenteraan melalui program Latihan Palapes.


Di samping itu, untuk melahirkan semangat setiakawan dan juga persaingan yang sihat di antara Pegawai Kadet dan juga Graduan Awam, acara-acara ketenteraan dan sukan juga diadakan. Pertandingan sukan yang diadakan ialah tinju, seni mempertahankan diri, bola sepak, ragbi, bola tampar, bola jaring, renang, merentas desa, merentas halangan, jalan laju dan kembara duga. Faktor inilah yang memangkin kepada peningkatan permohonan memasuki UPNM setiap tahun.


Untuk menyemarakkan lagi suasana konvokesyen ini, Pesta Konvokesyen (Konvosari) 2015 telah disusun di mana atur programnya bermula dari 17 hingga 27 Oktober 2015.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 02 November 2015