Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Penyertaan UPNM di Pameran Seoul International Invention Fair (SIIF) 2015

Penulis :R & I Selasa, 15 Dis 2015

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM telah menyertai Seoul International Invention Fair (SIIF) 2015 anjuran Korea Invention Promotion Association (KIPA) yang telah diadakan pada 26 November – 29 November 2015 bertempat di COEX, Seoul, Korea. SIIF 2015 merupakan pameran ciptaan, inovasi dan teknologi terbesar di Seoul, Korea.



Pameran antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun ini dapat memberi ruang dan peluang untuk para pencipta dan pelabur berbincang dan berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai perkembangan terbaru dan kemajuan teknologi serta meneroka peluang-peluang perniagaan yang baharu. Antara objektif penglibatan SIIF 2015 adalah untuk menggalakkan penyelidik untuk mempamerkan produk ciptaan di peringkat antarabangsa, mendapat pengiktirafan/anugerah antarabangsa dan menaikkan nama dan imej UPNM diperingkat antarabangsa melalui penyelidikan dan inovasi. Sebanyak 9 penyertaan dari 6 orang penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut di mana UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang cemerlang dan membanggakan. Kejayaan ini amat membanggakan warga UPNM dan ia jelas membuktikan bahawa UPNM mampu untuk bersaing di peringkat luar negara. Pingat yang dimenangi oleh UPNM adalah 1 Emas, 2 Perak dan 5 Gangsa.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 15 Disember 2015