Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Graduasi Pelajar MEBM, UPNM

Penulis :BKKPA Khamis, 31 Dis 2015


UPNM, 23 Disember 2015 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Graduasi bagi pelajar MSc in Engineering Business Management for Defence and Security (MEBM). Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Lord Kumar Batthacharryya, Pengerusi dan Pengasas WMG University of Warwick. UPNM telah diwakili oleh Senator Admiral Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara) selaku pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti, UPNM.



Graduasi kali ini merupakan graduasi cohort ke-4 sejak pengambilan pertamanya pada tahun 2012. Seramai 18 orang pelajar telah dianugerahkan (Sarjana MEBM) yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera dalam ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara. Program ini terbuka kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Keselamatan dan sektor awam dalam bidang pertahanan dan keselamatan.


Turut hadir pada Majlis Graduasi ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM, tetamu-tetamu jemputan termasuk Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, Pegawai ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta wakil dari kedutaan British.


Kemaskini Terakhir : Khamis, 31 Disember 2015