Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

MTE (Malaysian Technology Expo) 2016

Penulis :R n I Rabu, 02 Mar 2016

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2016 mulai 18-20 Februari 2016 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Pameran MTE 2016 adalah bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan & pembangunan (R&D) dan teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap rekabentuk produk dan perkhidmatan teknologi terkini. Ekspo tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini dari universiti, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan sektor korporat dari negara-negara Asia dan Eropah.



Sebanyak 12 penyertaan dari 9 orang penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut dimana UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dimana kesemua produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu 1 pingat emas, 1 anugerah khas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Senarai penuh pemenang-pemenang adalah seperti berikut:




MTE 2016 telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datuk Sri Panglima Madius Tangau, Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Tahniah diucapkan kepada penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM didalam bidang penyelidikan dan inovasi dan membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan Universiti Awam yang lain.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 02 Mac 2016