Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kerjasama UPNM-YaPEIM

Penulis :BKKPA Selasa, 12 Apr 2016


UPNM, 8 April 2016 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) bagi menjalin kerjasama pendidikan. Kerjasama pendidikan yang dimeterai merangkumi penulisan dan penerbitan, penyelidikan, perundingan, penganjuran seminar/wacana ilmiah/diskusi bertema/forum, buku-buku terbitan YaPEIM sebagai rujukan tambahan dan mewujudkan ruang kepada pelajar tahun akhir UPNM untuk menjalani latihan industri.



Sempena majlis MoU ini turut diadakan Pelancaran Buku Budaya Niaga Dan Perspektif Peradaban: Etika Kerja Melayu Dan Cina hasil penulisan Prof Madya Dr. Wan Norhasniah Wan Husin, pensyarah UPNM yang diterbitkan oleh Akademi Pengurusan YaPIEM.


Mewakili UPNM dalam Majlis Menandatangani MoU ini adalah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dan saksi adalah Y.Bhg Prof. Emeratus Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan The, Dekan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan. Manakala YaPEIM diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Malek Awang Kechil, Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan saksi adalah Y.Bhg Hj. Mohammad Zambri Zakaria, Ketua Sektor Perhubungan Korporat, Pembangunan Sosioekonomi dan Pendidikan Ummah YaPEIM.


Turut hadir menjayakan majlis MoU ini ialah pegawai-pegawai kanan dari UPNM dan YaPEIM.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 12 April 2016