Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Anugerah UPNM 2016 dan Sambutan Hari Raya UPNM 2016

Penulis :BKKPA Isnin, 01 Ogos 2016


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat kali keduanya telah mengadakan Majlis Anugerah UPNM 2016 pada 27 Julai 2016 baru-baru ini. Majlis ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


Majlis Anugerah UPNM 2016 yang dianjurkan bersama antara Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data, Pusat Pembangunan Akademik, Jabatan Pendaftar dan Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa ini akan menjadi salah satu acara tahunan dalam usaha pembudayaan kualiti di UPNM


Majlis Anugerah UPNM 2016 yang bertemakan ‘Khidmat Cemerlang, Capai Gemilang’ dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan budaya cemerlang dalam perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan serta mencipta kreativiti dan inovasi dalam ekosistem di universiti ini.


Yang Berhormat Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor (B), Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti telah menyempurnakan perasmian majlis ini. Tiga (3) kategori anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) dan Anugerah Hari Inovasi. Sempena majlis ini, UPNM telah menerima sumbangan daripada tiga rakan industri (industry partnerships) iaitu daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan sumbangan sebanyak RM1 juta yang diwakili oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Wok Kamaruddin, Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Sumbangan daripada Bank Islam Malaysia Berhad dengan sumbangan sebanyak RM20,000 yang diwakili oleh YBhg. Dato Wan Ismail Wan Yusof, Penasihat Perniagaan Bank Islam dan sumbangan daripada Axiata Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak RM20,000 yang diwakili oleh Mr. Amandeep Singh, Chief Tecnology Officer.


Seramai 116 orang telah dianugerah pada hari tersebut yang terdiri daripada 77 penerima APC termasuk 2 orang penerima Anugerah Khas, 19 penerima ACC dan 20 penerima Anugerah Inovasi dianugerahkan dalam majlis ini.



Berakhirnya Majlis Anugerah UPNM 2016, UPNM terus mulakan Majlis Jamuan Raya UPNM 2016 sekaligus meraikan suasana hari raya bersama warga UPNM. Majlis ini telah diadakan diperkarangan Kolam Renang UPNM.


Penglibatan secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta pelajar UPNM menjadi nadi dalam memastikan amanah negara untuk melahirkan Intellectual Leaders of Character dapat direalisasikan di samping melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkin kecemerlangan negara. Pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan universiti turut hadir dimajlis tersebut.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 01 Ogos 2016