Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejutan UPNM di Konvensyen KIK Kali Ke-12

Penulis :Kualiti Jumaat, 19 Ogos 2016


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah membuat kejutan di Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2016 yang diadakan pada 2 – 4 Ogos 2016 baru-baru ini. Diibaratkan sebagai universiti awam bongsu, UPNM telah membuktikan kecemerlangannya dari kalangan universiti awam lebih senior terutamanya dalam pemikiran kreatif dan kritis ke arah mencipta produk yang berinovasi. Konvensyen KIK Kali Ke-12 ini merupakan petanda kepada kejayaan yang berterusan kepada UPNM.


Penyertaan UPNM melalui produk Kemahiran Jahitan Pembedahan di Kalangan Pelajar Perubatan Sederhana yang diwakili oleh kumpulan D-Medic, Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPKP) dan juga merupakan julung-julung kali penyertaannya, telah membuat kejutan dengan memenangi Pingat Emas dan Anugerah Khas Juri. Manakala, Kumpulan First Eleven dari Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) juga tidak kurang hebatnya yang memperkenalkan idea Kesukaran Menampal Nombor Panggilan Pada Buku Pelbagai Ciri Fizikal turut memenangi Pingat Perak. Harapan agar kejayaan kumpulan ini memberikan motivasi dan dorongan kepada semua staf UPNM dalam usaha mengemukakan idea-idea bernas dan inovatif demi kecemerlangan UPNM pada masa akan datang.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 19 Ogos 2016