Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 April 2017 / 29 Rejab 1438
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejayaan UPNM dalam IIDEX 2016

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti Jumaat, 30 Sep 2016


Sempena Pertandingan ‘Invention, Innovation & Design Exposition‘ (iidex 2016) yang berlangsung dari 20 hingga 23 September baru-baru ini, terdapat ramai peserta yang terdiri daripada staf universiti dan IPT serta ‘inventor’ muda (para pelajar dan murid-murid sekolah) yang mengemukakan pelbagai produk dan idea inovasi dalam pelbagai bidang. Perkara ini telah menarik minat peserta dalaman serta peringkat antarabangsa yang disempurnakan dan dilaksanakan oleh Research Innovation Business Unit (RIBU) dan Institute of Research Management & Innovation (IRMI), UiTM Shah Alam.


Sehubungan dengan itu, UPNM sebagai sebuah universiti awam (UA) yang ke-20 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama seiring dalam mempromosikan pelbagai produk penyelidikan yang dijalankan oleh warga staf dan para pelajar dari UPNM sendiri.



Sebanyak enam (6) produk penyelidikan yang didaftarkan untuk bertanding dalam iidex 2016 pada kali ini. Pertandingan amat sengit kerana banyak produk-produk baharu yang berinovatif dan kreatif dari sekecil-kecil hinggalah peringkat yang lebih mencabar telah dipamerkan dalam pertandingan tersebut. Antara produk yang ditandingi oleh staf dan pelajar UPNM ialah:



Selama empat (4) hari dijalankan penjurian oleh hakim-hakim dan para juri yang pakar dalam bidang masing-masing telah memberikan pemarkahan mengikut produk yang telah ditetapkan. Hasil keputusan adalah seiring dengan majlis pentupan iidex 2016 dirasmikan oleh Timbalan Menteri, KPT pada 23 September 2016 yang lalu. Justeru, UPNM telah menggondol dan memenangi keenam-enam produk yang dipamerkan iaitu sebanyak empat (4) anugerah emas dan dua (2) anugerah gangsa. Pemenang-pemenang bagi iidex 2016 kali ini termasuklah:



Semoga kejayaan ini mampu mendorong warga akademik dan para pelajar khususnya buat warga UPNM selaku UA yang paling muda dalam mengharungi kecemerlangan penyelidikan dalam negara terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 04 Oktober 2016