Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 June 2017 / 2 Syawal 1438
Tetapan

BULETIN UPNM

Sedekad UPNM

Penulis :BKKPA Selasa, 22 Nov 2016


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyambut 10 tahun ulang tahun penubuhannya pada tarikh keramatnya 10 November hingga 18 November 2016. Sepanjang sembilan (9) hari sambutan program ini, pelbagai program telah diadakan bermula dari Majlis Perasmian 1 Dekad UPNM 10 November sehinggalah Majlis Makan Malam 1 Dekad UPNM sebagai penutup kepada sambutan ini. Lain-lain program yang telah diadakan seperti Majlis Bacaan Yassin sempena Sambutan 1 Dekad UPNM, Program Anak Yatim, Larian Santai, Senaman Perang, Orientasi Perdana, Hari Terbuka UPNM pada 12 dan 13 November 2016, Persembahan Kesenian, Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu UPNM, Pertandingan Debat Bahasa Melayu dan Syarahan Perdana Diraja oleh DYMM Paduka Seri Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan.



Sambutan 1 Dekad UPNM ini diadakan adalah bertujuan memperkenalkan sejarah penubuhannya UPNM dari awal penubuhnnya sehingga hari ini melalui pameran-pemeran ilmiah yang diadakan kepada masyarakat umum. Ia juga merupakan medium yang efektif untuk mempromosi program-program pengajian yang ditawarkan oleh UPNM beserta faedah yang bakal diterima sebagai seorang Pegawai Kadet dan Pelajar Awam di UPNM. Dalam pada itu juga, program sebegini dapat memberi impak yang besar kepada stakeholder, rakan industri dan masyarakat umum dalam membina perspektif positif UPNM.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 14 April 2017