Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 June 2017 / 2 Syawal 1438
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejayaan Pensyarah UPNM

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti Khamis, 06 Apr 2017


Sepanjang berlangsungnya ‘The Invention, Innovation and Design (IIID) Johor 2017’ yang bertempat di Amansari Resort, Johor Bahru anjuran oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor; terdapat ramai penyertaan dalam kalangan Intitusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Swasta (US) yang terlibat serta mempamerkan pelbagai produk inovasi, model dan ciptaan mereka kepada orang ramai. Bukan setakat UA dan US sahaja yang terlibat, malah pihak jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta sehingga ke peringkat sekolah turut serta mempamerkan idea inovasi dan kreativiti masing-masing.


Sehubungan dengan itu, pihak UPNM telah menghantar dua (2) wakil untuk terlibat serta bersaing dalam pertandingan tersebut. Keputusan yang diterima amat membanggakan kerana UPNM telah mendapat satu (1) pingat emas dan satu (1) perak dalam IIID Johor 2017 yang diadakan baru-baru ini pada 8 – 9 Mac 2017 (Rabu dan Khamis).


Berikut senarai nama peserta yang terlibat dalam IIID Johor 2017:


1. Noor Fazliena Baharin, Siti Noor Farana Hishammuddin & Nor Khairun Nabila Lut - Secure High Accuracy Data Transfer Using Android Beam Technology for High Risk Operation – berjaya memperoleh Gold Medal.


2. Prof. Madya Dr. Hasan al-Banna Mohamed, Dr. Mohd Hamran Mohammad & Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam - The Model of Sustainability of Charimatic Leader Through Physical, Emotional, Spiritual, and Intellectual Aspects among University Students - berjaya memperoleh Silver Medal.


Diharapkan kejayaan ini mampu untuk memberikan suntikan semangat kepada warga UPNM khususnya ahli akademik dan pelajar agar dapat menghasilkan suatu kajian dan produk inovasi yang membanggakan pihak universiti dan sekaligus memberikan faedah terus kepada masyarakat, seiring dengan hasrat KPT yang mahukan penyelidikan bersifat ‘TRANSLATIONAL RESEARCH’.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 17 April 2017