Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 October 2017 / 28 Muharram 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Laporan Audit Pengawasan 4 (SV4)

Penulis :Jaminan Kualiti Khamis, 13 Apr 2017


Sekali lagi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi Audit Pengawasan 4 (SV4) dengan jayanya pada 10 April 2017 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UPNM. Pihak Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi audit tersebut terutamanya Fakulti/ Pusat yang diaudit. Antara FPJB yang terlibat iaitu Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) yang memberikan kerjasama yang sangat baik.



Hasil laporan audit tiada penemuan MAJOR dan MINOR yang ditemui. Hanya beberapa penambahbaikan perlu diberi perhatian terutamanya dokumentasi berkaitan pelaksanaan Latihan Industri (LI). Lanjutan kejayaan pelaksanaan Audit SV4 tersebut, UPNM telah berjaya meneruskan pelaksanaan SPK ISO 9001: 2008 sehingga sesi pengauditan seterusnya iaitu SV5 nanti pada bulan Oktober 2017.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 17 April 2017