Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Anugerah Pematuhan Amalan Terbaik Pengurusan Projek Tahun 2016 Kementerian Pengajian Tinggi

Penulis :Kualiti Rabu, 26 Apr 2017

Fakulti Sains Teknologi dan Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima penganugerahan Pematuhan Amalan Terbaik Pengurusan Projek Tahun 2016 Kementerian Pengajian Tinggi pada 21 Mac 2017 baru-baru ini.



Pada bulan Disember 2016, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) telah mewakili UPNM dalam audit pematuhan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Audit tersebut bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan KPT melalui Laporan Pencapaian Pematuhan Amalan Terbaik Pengurusan Projek (Inspektorat) bagi Tahun 2016. Penilaian audit ini telah disertai oleh beberapa Universiti Awam yang lain melalui projek-projek yang dikendalikan oleh mereka pada tahun 2016.


FSTP telah diaudit berdasarkan Projek Perolehan Peralatan Makmal Maritim di mana Dekan FSTP, YBhg. Kept Prof. Dr Zulkifly bin Mat Radzi TLDM (Bersara) telah membentangkan proses pengurusan dan hasil yang diperolehi daripada perolehan Simulator Navigasi yang dipasang di Pusat Maritim. Antaranya UPNM telah dilengkapi dengan Simulator Navigasi yang tercanggih di rantau Asia Pasifik sebagai platform berteknologi tinggi untuk melatih Pegawai Kadet Tentera Laut dalam kemahiran navigasi, komunikasi, kepelautan, dan pengendalian sesebuah kapal perang. Projek ini telah diuruskan dengan mematuhi amalan terbaik iaitu mengikut jadual, mematuhi spesifikasi yang dikehendaki, kos perbelanjaan yang berhemah dan mendapat pulangan yang memberi manfaat kepada pensyarah, staf dan pelajar di UPNM.


Daripada 14 buah universiti yang menghadapi audit ini, UPNM telah berjaya meraih anugerah tempat kedua dengan pencapaian sebanyak 93.22%. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi audit tersebut terutamanya pihak JPP, Jabatan Bendahari dan Pusat Maritim, FSTP.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 26 April 2017