Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan JPICT KPT ke Makmal Pusat Keselamatan Siber UPNM

Penulis :Pusat Siber Rabu, 03 Mei 2017


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan dari Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pendidikan Tinggi (JPICT KPT) dalam rangka lawatan JPICT KPT ke Makmal Pusat Keselamatan Siber UPNM pada 26 April 2017 yang lalu. Delegasi JPICT KPT diketuai oleh Tuan Hj. Mohd Puad, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengurusan Maklumat merangkap Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO, KPT)) bersama dengan 10 orang pegawai.


JPICT KPT telah diberi taklimat khas berkenaan Keselamatan Siber yang disampaikan oleh Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohd Halip, Pengarah Pusat Keselamatan Siber UPNM. Sebaik taklimat khas ini, delegasi JPICT KPT teruskan lawatan ke Makmal Pengawasan dan Keselamatan Spektrum bertempat di Pusat Keselamatan Siber. Dalam pada yang sama, ditunjukkan demonstrasi seperti Sistem Pengawasan Spektrum, Sistem Pengawasan Pesawat, Sistem Pengawasan Drone dan Peralatan Jamming. Rangka lawatan delegasi JPICT KPT diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Pusat Marin.


Turut hadir menyambut dan mengiringi sepanjang delegasi JPICT KPT adalah Prof. Dr. Kept Zulkifly Bin Mat Radzi TLDM (Bersara), Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan dan Kolonel Zulkefli Bin Abdullah, Ketua Pegawai Maklumat.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 03 Mei 2017