Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Penglibatan UPNM dalam pameran Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2017

Penulis :PPI Isnin, 15 Mei 2017


Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebanyak 10 produk penyelidikan daripada 8 orang penyelidik UPNM telah menyertai pameran Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2017 yang bermula dari 11 hingga 13 Mei 2017. ITEX 2017 dianjurkan bertujuan untuk mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada universiti, institusi penyelidikan, penyelidik individu dan syarikat penyelidikan dari negara-negara ASEAN, Asia dan Eropah.



Acara tahunan ini merupakan peluang terbaik bagi sesi pertemuan serta pasaran bagi pencipta dan pelabur untuk meneroka idea perniagaan dan perkomersialan produk atau ciptaan baharu. Pameran ITEX yang dianjurkan oleh The Malaysian Invention and Design Society (MINDS) adalah merupakan platform pengiktirafan bagi pencipta dan hasil ciptaan yang menunjukkan kecemerlangan dalam produk.


Objektif pameran ITEX 2017 adalah untuk mewujudkan platform bagi penyelidik dan saintis untuk mempamerkan produk ciptaan mereka bagi menarik pelabur yang berpotensi serta meningkatkan dan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan antara industri dengan institusi penyelidikan.


Penyertaan UPNM dalam pameran ITEX 2017 adalah merupakan peluang penting untuk memberi pendedahan kepada penyelidik, mewujudkan peluang pemasaran, kerjasama dan perkongsian dengan organisasi-organisasi tempatan dan antarabangsa. Di samping itu, pameran ITEX 2017 juga mengiktiraf dan menyediakan anugerah kepada penyelidik dan saintis yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan produk serta perkhidmatan.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Mei 2017