Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Program Career Fair & Internship Day UPNM 2017

Penulis :HEPA Selasa, 16 Mei 2017


UPNM 9 MEI 2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni akan menganjurkan Program Career Fair & Internship Day UPNM 2017 pada 9 Mei 2017, Jam 9.00 pagi – 4.00 Petang bertempat di Dewan Pendekar, UPNM.



Program ini merupakan penganjuran kali kelima diadakan dengan menghimpunkan 42 industri dan 20 agensi penguatkuasa yang terlibat. Program ini dianjurkan bertujuan menyediakan platform dan ruang untuk pelajar tahun akhir bagi menghadiri temuduga terbuka daripada industri dan agensi penguatkuasa. Selain itu juga program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri untuk memilih tempat latihan industri yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Program ini juga memberi informasi terkini berkaitan dengan tugas dan peranan serta isu-isu semasa yang perlu pelajar-pelajar ambil perhatian berkaitan tugas sebagai pegawai penguatkuasa dan dalam masa menjadikan kerjaya penguatkuasa sebagai pilihan kerjaya.


Program yang dianjurkan juga mendapat tajaan utama dari kumpulan Affinbank serta rakan penaja dari Maybank. Selain itu turut membantu rakan strategik daripada Graduan, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan nestle yang bersama-sama menjayakan program ini.


Penganjuran kali ini merupakan penganjurkan yang terbesar diadakan berbanding sebelum ini. Hal ini kerana penglibatan industri yang pelbagai. banyak dan agensi penguatkuasa yang berbeza menjadikan program ini lebih menarik dan ramai warga UPNM mengambil peluang program yang dianjurkan.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 16 Mei 2017