Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Malaysia dan PSU Thailand Kukuhkan Jalinan Antarabangsa dalam 9th ICHiSS 2017

Penulis :FPPP Selasa, 30 Mei 2017


International Conference on Humanities and Social Sciences, ICHiSS kali ke 9 telah diadakan pada 26 Mei 2017. Persidangan ini merupakan anjuran bersama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University (PSU). Bagi tahun 2017, PSU adalah tuan rumah bagi persidangan kali ini dan telah diadakan di International Convention Center, Prince of Songkla University, Thailand. Tema bagi persidangan adalah Challenges in the 21st Century: Sustainable Development in Multi-Cultural Societies. Pihak PSU juga telah mengambil peluang ini untuk memberi penghormatan khas kepada Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang telah mangkat pada tahun 2016 yang lalu.



Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 70 orang peserta daripada seluruh dunia. Pengucaptama dari Malaysia merupakan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPNM yang bertajuk Cyber Security: Challenges in the 21st Century: Sustainable Development in Multi-Cultural Societies. Pada masa yang sama seramai 10 pembentang yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UPNM telah membentangkan kertas akademik masing-masing semasa persidangan. Pensyarah-pensyarah adalah daripada Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.


Agenda Program Mobiliti Pelajar dan Pensyarah UPNM dan PSU telah diadakan pada 25 Mei 2017 semasa Mesyuarat Koordinasi ICHiSS kali ke-10 yang bakal diadakan pada tahun 2018. Mesyuarat ini telah diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Dekan Akademik dan Antarabangsa bagi pihak UPNM manakala pihak PSU telah diketuai oleh Asst. Prof. Dr. Kanda Janyam, Dekan Faculty of Liberal Arts, PSU. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) telah mengambil kesempatan membuka booth bagi mempromosikan program pengajian yang ditawarkan oleh FPPP khasnya dan UPNM amnya. Promosi ini telah diketuai oleh Kolonel Felo Kanan Abdul Latif bin Harun (Bersara), Dekan FPPP. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak FPPP semasa persidangan ICHiSS ini adalah bertujuan mempromosikan UPNM di persada antarabangsa dan membantu pihak universiti dalam menyahut seruan KPT bagi program mobiliti pelajar dengan universiti luar negara. Ini secara tidak langsung dapat membantu menaikkan rating MyRA, MyMoheS dan lain-lain pengiktirafan bagi UPNM di peringkat antarabangsa.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 30 Mei 2017