Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
25 June 2017 / 30 Ramadhan 1438
Tetapan

BULETIN UPNM

Inspirational Talk Series 2/2017: Leadership Qualities of Rasullullah SAW

Penulis :Kepimpinan Jumaat, 09 Jun 2017


Bersempena bulan Ramadhan 8 Jun 2017, Pejabat Penyandang Kursi Kepimpinan telah menganjurkan program Inspirational Talk Series 2/2017 bertajuk Leadership Qualities of Rasullulah SAW yang telah disampaikan oleh Professor Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM. Program ini diadakan bagi membincangkan tahap kepimpinan Rasullulah SAW, rasul agung akhir zaman.


Inspirational Talk Series merupakan program perkongsian aplikasi kepimpinan dalam diri seorang pemimpin sama ada dalam bidang pertahanan mahupun awam. Melalui konsep Listen, Learn and Lead diharap mampu memberi impak dan inspirasi kepada para pununtut dan staf untuk mempraktikan nilai-nilai kepimpinan dalam kehidupan dan kerjaya.


Program yang bertempat di Dewan Bestari (UPNM) ini telah mendapat sambutan penglibatan daripada penuntut dan staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 09 Jun 2017