Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2017

Penulis :BKKPA Jumaat, 21 Jul 2017


UPNM, 20 Julai 2017 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat kali ketiganya mengadakan Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2017. Majlis ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2017 yang dianjurkan bersama antara Jabatan Pendaftar, Pusat Pembangunan Akademik dan Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data ini akan menjadi salah satu acara tahunan dalam usaha pembudayaan kualiti di UPNM.


Majlis kali ini bertemakan ‘Kelestarian UPNM ke arah Kualiti Dan Inovasi’ dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan budaya cemerlang dalam perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan serta mencipta kreativiti dan inovasi dalam ekosistem di universiti ini.



Yang Berhormat Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor (Bersara), Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti telah menyempurnakan perasmian majlis ini. Tiga (3) kategori anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) dan Anugerah Hari Inovasi.


Seramai 136 penerima yang terdiri daripada 77 penerima APC, 27 penerima ACC dan 32 penerima Anugerah Inovasi telah dianugerahkan dalam majlis ini dengan penerima adalah penerima individu dan penerima Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian. Kemuncak Hari Inovasi dan Majlis Anugerah ini diakhiri dengan tiga (3) anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Akademik yang dianugerahkan kepada Yang Mulia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok (Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa), Anugerah Khas Staf dianugerahkan kepada En. Mohd Hairay bin Md Yusof (Bendahari) dan Anugerah Khas Kualiti Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi (Dekan Pengurusan Akademik dan Antarabangsa). Ketiga-tiga anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor (Bersara).



Berakhirnya Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2017, UPNM terus mulakan Majlis Sambutan Hari Raya UPNM 2017 sekaligus meraikan suasana hari raya bersama seluruh warga UPNM. Majlis ini telah diadakan diperkarangan Kolam Renang UPNM.


Penglibatan secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta pelajar UPNM menjadi nadi dalam memastikan amanah negara untuk melahirkan Intellectual Leaders of Character dapat direalisasikan di samping melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkin kecemerlangan negara. Pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan universiti turut hadir dimajlis tersebut.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 21 Julai 2017