Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen UPNM ke Kejohanan SUKUM Kali ke-42

Penulis :BKKPA Jumaat, 28 Jul 2017


UPNM, 28 Julai 2017 – Pusat Sains Kejurulatihan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontijen UPNM ke Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM) Kali ke-42, 2017 hari ini. Majlis ini disempurnakan oleh YM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok (Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa) sebagai mewakili Naib Canselor.


Penyertaan kontigen UPNM pada SUKUM kali ini adalah seramai 74 orang atlet dan 10 orang pegawai. Antara sukan-sukan yang dipertandingan oleh UPNM adalah Bola Sepak, Bola Jaring, Dart, Golf, Olahraga dan Tenpin Boling. SUKUM kali ini akan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai tuan rumah.


Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Pengarah, Pusat Sains Kejurulatihan selain pegawai-pegawai kanan universiti.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 28 Julai 2017