Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2017

Penulis :Jabatan Bendahari Isnin, 07 Ogos 2017


Jabatan Bendahari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berpeluang menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2017 (AIPK) anjuran Kementerian Kewangan Malaysia. AIPK 2017 telah disertai lebih 17 agensi sektor awam seluruh Malaysia. Terdapat 8 agensi telah disenarai pendekkan oleh panel penilai AIPK dan lebih membanggakan, UPNM turut berada di dalam senarai tersebut. Kejayaan ini amat membanggakan buat warga UPNM khasnya Jabatan Bendahari. Pihak UPNM telah menghantar Borang Pencalonan dan Laporan AIPK 2017 bagi Inovasi “SAGA Financial Monitoring System”. Seterusnya telah terpilih untuk sesi pembentangan dan taklimat inovasi kepada panel penilai AIPK pada 17 Julai 2017 di Kementerian Kewangan Malaysia. Pada 20 Julai 2017 UPNM telah menerima Lawatan Penilaian Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 2017 oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPNM. Pada peringkat ini, lawatan dibuat ke lokasi bagi meneliti dengan lebih mendalam dari aspek-aspek teknikal yang berkaitan. Berdasarkan hasil penilaian teknikal ini, panel penilai akan memperakukan penerima-penerima AIPK 2017.


Anugerah Inovasi Sektor Awam ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi kerajaan. Bagi membudayakan inovasi dalam sektor awam terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan,


Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan :


I. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan melalui kriteria anugerah bagi melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang unggul secara berinovasi di Sektor Awam;


II. Memberikan pengiktirafan secara formal kepada agensi kerajaan yang telah menunjukkan hasil inovasi dalam pengurusan kewangan;


III. Menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik yang menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan antara agensi kerajaan;


IV. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan;


V. Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 07 Ogos 2017