Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Penarafan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) Jabatan Audit Negara 2016

Penulis :Jabatan Bendahari Selasa, 08 Ogos 2017

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memperolehi 5 bintang dalam Penarafan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) 2016 oleh Jabatan Audit Negara. UPNM telah diaudit berdasarkan beberapa Elemen Penilaian Pengurusan Kewangan. Setiap tiga tahun sekali pihak Jabatan Audit Negara (JAN) akan melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) di badan berkanun termasuklah UPNM dan kali terakhir auditan dibuat di UPNM adalah pada tahun 2013. Perbandingan prestasi pengurusan kewangan UPNM bagi tahun 2013 dan 2016 menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap prestasi pengurusan kewangan UPNM. Berikut adalah graf prestasi pengurusan kewangan 38 BBP termasuk UPNM bagi tahun 2016 berbanding 2013.


Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama, sumbangan dan dedikasi sepanjang tempoh pengauditan tersebut.





Kemaskini Terakhir : Selasa, 08 Ogos 2017