Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Sumbang 2 Emas 1 Perak 1 Anugerah Khas - KIK 2017

Penulis :Kualiti Selasa, 15 Ogos 2017


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengekalkan kecemerlangan tahun 2016 apabila sekali lagi cemerlang dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Tahun 2017 kali ke-13 yang diadakan pada 01 – 03 Ogos 2017 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). UPNM telah mendapat pujian daripada juri dan membuktikan kecemerlangannya mencipta produk yang berinovasi yang memberikan manfaat kepada staf dan pengguna.


Penyertaan UPNM melalui produk Kesukaran Memposisikan Pesakit Menggunakan Shoulder Gel Pad Sebelum Pembedahan yang diwakili oleh kumpulan D-Medic, Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPKP) telah menerima penarafan Pingat Emas dan Anugerah Khas Juri iaitu ‘Anugerah Inovasi Harapan’ selama dua tahun berturut-turut.



Manakala, julung-julung kalinya daripada Kumpulan Creative Invention dari Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT) turut menerima Pingat Emas yang memperkenalkan produk inovasi Alat Penguji Pegas dan Mekanisme Senjata Kecil (AP2MSK).


Satu lagi penyertaan daripada Kumpulan De Maritim, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dengan Modul Laksana: Latihan Psikomotor Dan Afektif Sains Navigasi Menggunakan Simulator tidak kurang hebatnya dengan penampilan pertama mereka telah memenangi Pingat Perak.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan urus setia yang sama-sama merealisasikan penyertaan konvensyen kali ini dan berharap ia menjadi pemangkin kepada staf UPNM yang lain dalam usaha mengemukakan pelbagai inovasi baharu pada masa akan datang.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 15 Ogos 2017