Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 September 2017 / 5 Muharram 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Finalis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2017

Penulis :Kualiti Selasa, 15 Ogos 2017


Sekalung tahniah kepada warga UPNM yang julung kalinya telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam satu anugerah pada peringkat negara iaitu telah dinobatkan sebagai Finalis dalam Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) tahun 2017 pada baru-baru ini iaitu pada 18 Julai 2017.


Majlis anugerah yang berprestij ini dianjurkan oleh pihak MyIPO Malaysia menerusi kerjasama KPDNKK dengan disertai sebanyak 500 lebih produk dan perkhidmatan yang berinovatif dari pelbagai organisasi dalam negara.



Sehubungan dengan itu, UPNM tidak terkecuali turut sama bersaing dalam mempamerkan dua (2) produk inovasinya iaitu dalam kategori reka bentuk perindustrian dan kategori hak cipta.


Produk UPNM dalam kategori reka bentuk perindustrian adalah hasil inovasi daripada Ketua Penyelidik iaitu Encik Muhamad Azani Bin Yahya bersama dengan rakan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan. Tajuk penyelidikan tersebut adalah TANDA AMARAN MUDAH ALIH. Produk unik ini mendapat perhatian masyarakat terutamanya pengguna motosikal kerana ianya dapat disimpan dibawah tempat duduk sesebuah motosikal. Pelbagai kegunaan produk ini menjadikan ianya diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. Produk yang telah didaftarkan di bawah kategori Rekabentuk Perindustrian ini sedang melalui proses perlesenan bersama industri luar untuk dikomersialkan,


Manakala produk inovasi dalam kategori hak cipta pula adalah daripada kajian Prof. Madya Dr. Hasan Al-Banna Mohamed bersama tim penyelidikannya iaitu dari FPPP dengan kerjasama para penyelidik Universiti Malaya. Tajuk hak cipta mereka adalah MANUAL PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERTERASKAN SYARI’AH MS1900 DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA: KE ARAH PENGURUSAN BERKESAN & INOVATIF.


Semoga pengalaman yang amat berharga ini dapat memberika motivasi kepada penyelidik UPNM pada masa akan datang untuk sama-sama mempamerkan produk atau perkhidmatan yang lebih berdaya saing dan inovatif khususnya dalam bidang keselamatan dan pertahanan.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 15 Ogos 2017