Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 September 2017 / 5 Muharram 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang

Penulis :BKKPA Selasa, 05 Sep 2017


UPNM, 25 Ogos 2017 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang sempena tamatnya perkhidmatan YB Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara) sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM pada 30 Jun 2017 yang lalu.



Sepanjang satu dekad kepimpinan YB Senator sebagai Pengerusi LPU, UPNM sehingga hari ini telah banyak perubahan, penambaikan dan kecemerlangan dari pelbagai aspek merangkumi akademik, pentadbiran, penyelidikan, pembangunan, inovasi, pembangunan modal ihsan serta kemantapan kepimpinan, akademik dan disiplin pelajar-pelajar UPNM yang terdiri dari Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Kecemerlangan ini bukan sahaja diperingkat domestik dari kalangan Universiti Awam dan swasta, malah juga diperingkat antarabangsa terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.


Majlis ini telah diadakan di Restoran Tai Pin, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dengan kehadiran semua Ahli-ahli Senat dan Pegawai-pegawai Kanan Universiti.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 05 September 2017