Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 September 2017 / 5 Muharram 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Qurban dan Aqiqah Peringkat UPNM 2017M/1438H

Penulis :BKKPA Selasa, 05 Sep 2017


UPNM, 04 September 2017 – Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah Peringkat UPNM 2017M/1438H sempena menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini. Sebanyak 10 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan 3 ekor kambing telah dikorbankan.



Upacara persembelihan dimulakan dengan bacaan selawat dan tadbir dan disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM sebagai simbolik rasminya majlis ini. Antara program yang diaturkan pada pagi tersebut adalah menyembelih, melapah, memotong, membungkus dan jamuan makan tengah hari sebelum diakhiri dengan mengagih daging kepada petugas-petugas dan warga UPNM serta pelajar.


Kelainannya Majlis Qurban dan Aqiqah peringkat UPNM kali ini adalah ianya berlangsung seiringan dengan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan ini memeriahkan lagi upacara qurban dan aqiqah yang diadakan ini dengan penglibatan mereka bersama-sama turut serta berganding bahu membantu menjayakan program ini.


Majlis ini berakhirnya dengan rasminya selepas solat berjamaah Zohor di Masjid Muhammad Al-Fateh.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 05 September 2017