Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Leadership Symposium: Duty, Honour and Integrity

Penulis :BKKPA Khamis, 21 Sep 2017


Pejabat Penyandang Kursi Kepimpinan UPNM telah mengadakan Leaderhip Symposium – Duty, Honour and Integrity: Military Leadership versus Organisational Leadership common traits and practices. Does one complement the other? pada 6 September 2017 bertempat di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.



Simposium ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM merangkap menyampaikan Keynote Address pada program tersebut. Ahli-ahli panel terkemuka pada sesi forum adalah terdiri daripada Cmdr (Hon) Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Group Chief Executive Officer/Executive Director, CIMB. Kamala Shirin Lakhdir, Duta US di Malaysia dan Vice Admiral Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman, Cmdr Eastern Fleet. Sesi forum dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Jesbil Singh (Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).


Turut hadir adalah Jen Tan Sri Dato’ Mohamed Ghazali bin Dato’ Mohamed Seth (Bersara), Pro-Canselor UPNM dan Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM serta pegawai-pegawai kanan UPNM.


Para peserta adalah terdiri dari kalangan agensi-agensi keselamatan dan pertahanan, universiti awam dan syarikat-syarikat swasta.



Kemaskini Terakhir : Khamis, 21 September 2017