Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejayaan Cemerlang UPNM di PECIPTA 2017

Penulis :PPPI Isnin, 16 Okt 2017


UniversitI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menyertai Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2017. Pameran ini telah diadakan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Oktober 2017 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.



PECIPTA 2017 adalah merupakan pameran yang bertujuan untuk mempamer dan memperkenalkan produk, penciptaan baru dan inovasi yang berbagai dari institusi pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara. Ianya juga bertujuan untuk menjana peluang dan rangkaian kerjasama diantara penyelidik dan perekacipta. UPNM telah menghantar sebanyak 16 produk penyelidikan dari 11 orang pensyarah UPNM. Kejayaan yang paling membanggakan adalah produk yang diwakili oleh UPNM memenangi pingat iaitu 5 emas, 3 perak dan 8 gangsa. Senarai pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut:


Kemaskini Terakhir : Khamis, 26 Oktober 2017