Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Pameran British Invention Show (BIS) 2017

Penulis :Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Khamis, 26 Okt 2017


Pameran British Invention Show 2017 (BIS 2017) telah berlangsung di Barbican Exhibition Centre, London pada 18 – 21 Oktober 2017. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menghantar sebanyak 8 produk penyelidikan. Peserta pameran yang diketuai oleh Kol Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) termasuklah Prof. Madya Dr. Azizi bin Miskon (Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Mohar bin Kassim dan Mejar Dr. Vikneswaran A/L Munikanan. Produk- produk yang dipertandingkan dalam pameran ini telah berjaya memperolehi 3 Platinum Award, 1 Double Gold Award dan 8 pingat emas. Produk- produk yang telah memenangi pameran ini adalah seperti berikut:


Kemaskini Terakhir : Rabu, 01 November 2017