Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan 2017

Penulis :Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Isnin, 30 Okt 2017


Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) sekali lagi telah berjaya telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan 2017 pada 26 Oktober 2017 bertempat di Dewan Bestari, UPNM. Bengkel ini diadakan bertujuan membantu pensyarah di UPNM mempelajari teknik dan tips penulisan kertas cadangan geran penyelidikan sebelum dimajukan kepada pemberi dana. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Kol Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM. Penceramah jemputan yang juga panel penilai daripada Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Prof. Dr. Abdul Latif bin Ahmad telah menyampaikan ceramah dan juga membantu penyelidik di UPNM memperbaiki kertas cadangan penyelidikan yang telah dihasilkan. Seramai 98 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar siswazah di UPNM telah menyertai bengkel ini dan mendapat maklum balas yang begitu menggalakkan daripada para pensyarah.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 30 Oktober 2017