Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Penulis :BKKPA Selasa, 31 Okt 2017


UPNM, 30 Oktober 2017 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan rasmi dari YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi bersama delegasinya terdiri dari Pengarah Bahagian Governan IPTA dan Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT.



Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM bersama-sama pengurusan tertinggi. Lawatan rasmi ini sempena sesi Taklimat Way Forward UPNM merangkumi sejak awal penubuhan termasuk tahun-tahun seterusnya sebagai sebuah universiti dalam memimpin bidang pertahanan dan keselamatan ke arah melahirkan Pemimpin Intelektual Berketrampilan. Sempena lawatan ini juga, YBhg. Datin Paduka mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama Majlis Perwakilan Pelajar UPNM sebagai mengakhiri lawatannya.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 31 Oktober 2017