Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Sembah Santap DYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong

Penulis :BKKPA Isnin, 06 Nov 2017


Kuala Lumpur, 5 November 2017 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majis Sembah Santap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena berlangsungnya Istiadat Permasyhuran Canselor dan Konvokesyen Kali Ke-8 UPNM pada 7 dan 8 November 2017. Majlis Sembah Santap diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.


Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pro-Canselor UPNM iaitu Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah dan YBhg. Jen Tan Sri Datuk Amar Dr. Mohd Ghazali bin Dato’ Mohd Seth (Bersara). Sempena majlis sembah santapan ini, YBhg. Jen Tan Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM merafak sembah memperkenalkan UPNM secara umumnya dan Seri Paduka Baginda dapat beramah mesra dan mengenali ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan tertinggi universiti dan juga ahli-ahli Senat.


Persembahan muzik instrumental dengan alunan saxophone dari Kumpulan SweetNotesJass telah menyerikan dan menyegarkan lagi majlis pada malam tersebut. Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada jam 10.30 malam mengakhiri majlis.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 06 November 2017