Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Warriors Challenge 2017

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Khamis, 16 Nov 2017


Pihak kerajaan Bersama Persatuan Veteran ATM (PV-ATM) telah menganjurkan Kempen Tabung Pahlawan sejak tahun 1960 lagi sebagai satu usaha mengumpul sumbangan dari semua pihak bagi mengisi tabung kebajikan PV-ATM untuk memberi bantuan kebajikan kepada anggota dan keluarga veteran yang memerlukan. Kempen Tabung Pahlawan ini digunakan sebagai platform untuk menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dan sifat kecintaan kepada negara di kalangan rakyat jelata terutama generasi Y.



Sempena dengan Kempen Tabung Pahlawan ini, UPNM dengan kerjasama PV-ATM telah menganjurkan Warriors Challenge 2017 pada 11 November 2017 bertempat di UPNM. Warriors Challenge pertama kali diadakan pada tahun 2016 di mana UPNM telah menjadi lokasi penganjurannya.



Warriors Challenge merupakan perintis kepada sukan perlumbaan merempuh halangan bertemakan tentera sesuai untuk semua tahap kecergasan serta menjanjikan saringan kompetitif dan elit di kalangan peminat sukan lasak.



Pada tahun ini, perlumbaan Warriors Challenge dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan yang menyaksikan keseluruhan peserta seramai lebih kurang 800 orang dan terdapat 28 orang peserta daripada luar negara berbanding hanya 400 orang peserta pada tahun 2016. Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori telah membawa pulang RM1,000, tempat kedua RM750, tempat ketiga RM500, tempat keempat RM250 dan tempat kelima RM150 selain beberapa hadiah cabutan bertuah seperti Garmin Fitness Watch, Playstation 4, Ipad Mini 4, tiket penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu dan Jakarta serta banyak lagi.



Warriors Challenge pada tahun ini telah dirasmikan oleh YB Senator Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar bin Hj. Mohd. Nor (Bersara), Presiden Persatuan Veteran ATM. Penaja utama Warriors Challenge 2017 adalah Affin Islamic Bank Berhad dan Genting Malaysia Berhad.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 16 November 2017