Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

SETARA 2017 - UPNM 5 Bintang

Penulis :PPA Jumaat, 17 Nov 2017

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencatatkan prestasi yang membanggakan dengan meraih penarafan 5 Bintang (Cemerlang) dalam Penarafan Universiti dan Kolej Universiti Malaysia (SETARA) 2017.



UPNM merupakan antara 10 universiti dalam kategori ‘Emerging University’ (berusia 15 tahun ke bawah) yang telah menerima penarafan ini.


Daripada 105 buah universiti dan kolej universiti, hanya 71 layak dinilai dalam SETARA 2017. Penarafan 6 bintang telah diberikan kepada 8 ‘Matured University’ (berusia 16 tahun ke atas) manakala penarafan 5 Bintang telah diberikan kepada 9 ‘Matured University’, 10 ‘Emerging University’ dan 3 Kolej Universiti.


SETARA 2017 menilai empat kriteria merangkumi aspek umum, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.


Objektif SETARA ialah untuk membantu universiti membina asas yang kukuh dalam tiga fungsi utama iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta perkhidmatan dan servis kepada komuniti dan industri.


Sijil SETARA disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam Majlis SETARA-2017 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur hari ini.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 17 November 2017