Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Bersama Pelanggan: Technology Update 2017

Penulis :BKKPA Selasa, 21 Nov 2017


UPNM, 21 November 2017 – Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), UPNM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan: Technology Update PTMK 2017 hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh YM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Sembok bin Tengku Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sebagai mewakili Naib Canselor UPNM.



Dalam ucapan perasmiannya, YM Prof. Emeritus Dato mengajak semua warga UPNM mengikuti perkembangan teknologi terkini yang sekian hari sekian pantas menguasai dunia global hari ini terutamanya dalam sistem pendidikan negara.


Sempena hari bersama pelanggan ini, pelbagai pemain-pemain industri teknologi maklumat turut serta mempamerkan perkembangan teknologi masing-masing yang terdiri dari Huawei Malaysia, Netsmart Sdn. Bhd., Data Alliance Sdn. Bhd., Cyber Security Malaysia,m OgX Networks Sdn. Bhd., Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pusat Keselamatan Siber UPNM.


Pengurusan tertinggi dan pegawai kanan universiti turut hadir pada sesi perasmian pagi ini.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 21 November 2017