Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 January 2018 / 29 Rabiul Akhir 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Ceramah Khas Sempena Maulidur Rasul Peringkat UPNM 1439H/2017M

Penulis :Pusat Islam Jumaat, 08 Dis 2017


UPNM, 8 Disember 2017 – Pusat Islam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan program Ceramah Khas sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM 1439H/2017M hari ini. Ceramah khas bertajuk Rasulullah Membentuk Masyarakat yang Berfitrah disampaikan oleh penceramah jemputan En. Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Pengerusi Global Unity Network.


Dalam ceramahnya, beliau menyampaikan kepentingan berdakwah dari kalangan masyarakat islam dalam mengembangkan syiar islam ke arah menyatukan seluruh masyarakat islam di Malaysia amnya dan dunia khususnya bagi mengembalikan kegemilangan islam seperti di zaman Rasulullah S.W.T. Program ceramah ini mendapat kehadiran warga UPNM yang menggalakan bagi mendapatkan perkongsian ilmu yang disampaikan.


Turut hadir Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti serta staf dan pelajar.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 08 Disember 2017