Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kerjasama UPNM-Smart College

Penulis :BKKPA Khamis, 14 Dis 2017


UPNM, 13 November 2017 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Smart College telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalin kerjasama pendidikan. Kerjasama pendidikan yang dimeterai adalah usaha sama membangunkan program pengajian MBA (Protection Management) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pertahanan dan Keselamatan (Security and Defence). Perjanjian ini termeterai setelah sekian lama perbincangan diadakan dari tahun 2009 selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).


Dengan program baharu yang bakal ditawarkan ini akan menjadikan UPNM terus relevan sebagai sebuah universiti pertahanan premier dirantau ini terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan ke arah mendokong pertahanan dan keselamatan negara seiring dengan perkembangan teknologi dunia yang sentiasa mencabar.


Mewakili UPNM dalam Majlis Menandatangani MoA ini adalah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dan saksi adalah Y.Bhg Dato’ Dr. Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat. Manakala Smart College diwakili oleh Y.Bhg. Mej Jen Dato’ Mohd Yunus Bin Long, Pengerusi Smart College dan saksi adalah Mr. Anan Pon a/l Ponnudurai, Ketua Pegawai Eksekutif Smart College.


Turut hadir menjayakan majlis menandatangani MoA ini ialah pegawai-pegawai kanan dari UPNM dan Smart College.



Kemaskini Terakhir : Khamis, 14 Disember 2017