Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
30 July 2014 / 3 Syawal 1435
Tetapan

BULETIN UPNM

Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurnian Watikah Tauliah Pegawai Kadet, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Penulis :tengku roslan Selasa, 02 Feb 2010


30 Januari 2010 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet. Kedua-kedua acara tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Al Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dan ditemani Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Haminah binti Hamidun.



Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah pada tahun ini melibatkan seramai 381 orang Pegawai Kadet yang terdiri daripada 320 orang lelaki dan 61 orang perempuan yang menggabungkan pengambilan tahun 2003, 2004 dan 2005. Pegawai Kadet yang ditauliahkan ini adalah terikat untuk berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 10 tahun.

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan pada tahun ini telah dianugerahkan kepada Pegawai Kadet Ketua Platun Mohd Faiz bin Mohamed dengan menerima sebilah pedang dan Piala Seri Perkasa. Manakala penganugerahan bagi Pegawai Kadet Terbaik ketiga-ketiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara telah dianugerahkan kepada Pegawai Kadet Panglima Briged Ahmad Muadz bin Ahmad Shuhaili dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat dengan menerima Piala Gagah Setia, Pegawai Kadet Penolong Pegawai Memerintah Muhamad Sarmizi bin Abdul Halim dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut dengan menerima Piala Seri Samudera dan Pegawai Kadet Ashraf bin Mohammad Radzi dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara dengan menerima Piala Seri Angkasa.

Turut hadir dalam upacara ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara, Naib-naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Attache Pertahanan negara asing.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 17 Februari 2010