Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 September 2018 / 14 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Inspirational Talk Series 5/2017 - Duty,Honour and Integrity: Lessons from October 1981 Ambush in Legong

Penulis :Kepimpinan Jumaat, 29 Dis 2017


UPNM, 21 Disember 2017 - Kisah sejarah serang hendap oleh Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap Pasukan 22 RAMD di Ulu Legong pada 29 Oktober 1981 telah diceritakan secara langsung buat pertama kalinya di Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Syarahan yang merangkumi aspek-aspek kepimpinan yang ditampilkan pada ketika itu telah disampaikan oleh Kolonel Radzuan Bin Haji Abu Bakar Directing Staff, Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA).



Turut hadir Leftenan Kolonel Hamzah Bin Othman pada ketika itu bertugas sebagai Pegawai Memerintah Rejimen ke 22 Rejimen Askar Melayu Di raja dan Kpl Md. Said salah seorang anggota yang terlibat dalam insiden serang hendap tersebut. Kehadiran para penceramah di Program Inspirational Talk Series 5/2017- Duty,Honour and Integrity; Lessons from October 1981 Ambush in Legong secara tidak langsung telah menjawab persoalan “Failure of Command or Failure of Leadership”. Disamping itu juga ianya memberi impak yang positif kepada generasi kini untuk memimpin dan menghargai pengorbanan perajurit demi mempertahankan keselamatan negara.



Program ini turut dihadiri oleh tetamu dari pegawai tentera yang diketuai oleh Mejar General Dato’ Tengku Ahmad Noor Bin Tuan Chik, Ketua Staff Am Markas Medan Barat Tentera Darat, Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) dan para penuntut serta staf UPNM. Sebuah gerai jualan buku berjudul Tumpah Darah Ulu Legong telah juga dibuka oleh veteran 22 RAMD dan program diakhiri dengan sesi soal jawab bersama penceramah dan penyampaian cenderahati dari pihak UPNM sebagai tanda penghargaan.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 29 Disember 2017